Pilihan Warna : default red contrast
A- A A+
Log Masuk Daftar

Log masuk ke akaun anda

Cipta akaun

Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi.
Emel *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA KARNIVAL PESTA TANGLUNG 2011

JAM 6.30 PETANG PADA HARI SABTU, 10 SEPTEMBER 2011

BERTEMPAT DI MEDAN SELERA INSA DUNIA,

JALAN KAMPUNG BARU, BUKIT MERTAJAM

YB Tuan Mansor Bin Othman

Timbalan Ketua Menteri I

YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy

Timbalan Ketua Menteri II

YB Tuan Chow Kon Yeow

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengurusan

YB Tuan Abdul Malik Bin Abul Kassim

Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

YB Tuan Lim Hock Seng

EXCO Kerja Raya Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut & Keretapi)

YB Puan Ong Kok Fooi

EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

YB Puan Chong Eng

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

YB Tuan Tan Cheong Heng

ADUN Padang Lalang

Puan Maimunah Mohd Sharif

Yang Dipertua MPSP

Dato' Seri Ewe Tiong Hor

Pengerusi Persatuan Hock Teik Cheng Sin Temple

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak penganjur dan semua penaja yang terlibat dalam menjayakan sambutan sebagai sebuah program yang menarik untuk semua di Tanah Besar Pulau Pinang.

Perayaan Pesta Tanglung ini telah dianjurkan selama sembilan tahun berturut-turut oleh persatuan-persatuan yang terlibat. Dan tahun ini, Kerajaan Negeri telah berganding bahu bagi kali kedua untuk menjadikan pesta ini lebih meriah lagi.

Sempena malam ini, kita amat bertuah kerana sambutan Pesta Tanglung sempena Sambutan Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival) dilengkapi dengan perarakan yang menarik, persembahan bercorak kebudayaan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia, hiasan tanglung yang indah dan biskut bulan yang merupakan salah satu daripada lambang sambutan pesta ini.

Dipersimpangan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro kerana telah menaja hiburan malam ini yang bernilai lebih kurang RM200 ribu. Kita akan dihiburkan dengan selebriti Astro dan paling menarik adalah, pada malam yang bermakna ini, Karnival ini disiar secara langsung di saluran Astrol 333 Hua Hee Dai!

Saya difahamkan juga bahawa tarikkan malam ini merupakan tanglung gergasi berukuran lebih daripada 12 kaki tinggi tajaan Event 7 Advertsing Solution. Menurut mereka tanglung gergasi ini kemungkinan adalah yang terbesar di Malaysia. Lagipun rekaan naga dalam bentuk belun sepanjang hampir 10m akan juga dipamerkan dalam perarakan raksasa ini. Malam ini juga, sebanyak lima ribu biskut bulan tajaan Leong Yin Pastry juga diedarkan kepada semua yang hadir.

Kuih bulan adalah pastri Cina tradisi yang dimakan semasa Pesta Pertengahan Musim Luruh. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 padakalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Para hadirin sekalian,

Saya berharap agar malam ini merupakan satu karnival yang tidak dapat dilupakan. Sememangnya tanglung serta kuih bulan melambangkan keistimewaan sambutanPesta Pertengahan Musim Luruh. Bagi saya, sambutan malam ini melambangkan perpaduan rakyat Pulau Pinang kerana ia melibatkan semua bangsa di negeri ini. Saya berharap agar keindahan malam ini dapat diperkukuhkan lagi dengan kasih sayang serta tanda hormat yang berkekalan sesama kita sebagai warga Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.