Pilihan Warna : default red contrast
A- A A+
Log Masuk Daftar

Log masuk ke akaun anda

Cipta akaun

Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi.
Emel *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB LIM GUAN ENG

SEMPENAPELANCARAN KEMPEN TANDAS BERSIH

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2012

PADA HARI JUMAAT, 9 MAC 2012

DI EASTIN HOTEL, PULAU PINANG

 

Terima kasih Pengacara Majlis

Yang Berhormat Dato' Mansor bin Othman

Timbalan Ketua Menteri I

Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II

Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow

Pengerusi J/K MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu lintas

Yang Berhormat Dato’ Farizan bin Darus

Setiausaha Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Dato’ Faiza binti Zulkifli
Penasihat Undang-Undang Negeri

Yang Berhormat Dato’ Mokhtar bin Jait
Pegawai Kewangan Negeri

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen & Ahli-ahli DUN

Yang Dipertua MPPP dan MPSP

Ahli-ahli Majlis MPPP dan MPSP

Ketua-ketua Jabatan

Presiden, YDP & Pengerusi NGO

Rakan-rakan Media, serta

Para hadirin yang saya hormati sekalian

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada YB Chow Kon Yeow dan ahli jawatankuasa penganjur MPPP, MPSP, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran Negeri kerana berjaya menganjurkan program pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Kebersihan adalah perkara asas yang penting dalam kehidupan kita lebih- lebih lagi untuk tandas.

Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif Cleaner Greener Penang sebagai antara usaha dan tanggungjawab sosial ke arah mencapai status sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa yang bersih.

Hadirin Sekalian,

Sekiranya Pulau Pinang ingin menjadi destinasi pilihan pelancong dan lokasi pilihan para pelabur, kebersihan adalah keperluan asas lebih- lebih lagi kebersihan tandas. Kita tidak mahu negeri ini diingati sebagai sebuah negeri yang hebat kerana menyediakan tandas yang kotor dan tidak diselenggara dan seterusnya melahirkan perasaan jijik di kalangan mereka.

Masalah kebersihan tandas ini menjadi semakin kronik terutamanya pada musim cuti sekolah dan musim perayaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pelaksanaan kempen tandas bersih ini menjadikan ia tanggungjawab peribadi setiap orang dan merupakan salah satu inisiatif Cleaner Greener Penang. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM346,500.00 pada tahun 2012 khusus untuk memastikan tandas-tandas awam milik MPPP dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada pengguna. Sebanyak RM150,000.00 diperuntukkan bagi tahun 2010 dan RM1 juta pada tahun lepas untuk tujuan yang sama. Sementara itu, MPSP telah memperuntukan RM140,000 bagi tujuan yang sama pada tahun lepas. Pulau Pinang hanya boleh dianggap bersih sekiranya tandas kita bersih.

Bagi memastikan kebersihan tandas terpelihara, strategi 4P akan dilaksanakan iaitu strategi pemulihan, strategi pengiktirafan, strategi pendidikan awal dan strategi pemantauan dan penguatkuasaan. Strategi pemulihan melibatkan usaha penjenamaan semula tandas awam supaya lebih mesra rakyat dan pengguna. Strategi pengiktirafan pula merupakan petunjuk kualiti yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada tandas-tandas milik awam dan swasta bagi menunjukkan tahap kebersihan tandas masing-masing. Melalui strategi pendidikan awal, Kerajaan Negeri akan membuat hebahan secara berterusan seperti mengadakan pameran dan forum bagi meningkatkan kesedaran rakyat peri pentingnya kebersihan tandas. Strategi terakhir iaitu pemantauan dan penguatkuasaan berkala akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap operator memastikan kualiti dan kebersihan tandas awam berada pada tahap yang terbaik.

Para Hadirin Sekalian,

Tandas Bersih Rakyat Selesa, Pulau Pinang Sejahtera. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan "Kempen Tandas Bersih Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012” dengan rasminya.

Sekian, terima kasih.