Pilihan Warna : default red contrast
A- A A+
Log Masuk Daftar

Log masuk ke akaun anda

Cipta akaun

Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi.
Emel *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • merdeka 57 BM
  • hari malaysia bm
  • bannercat
  • e2psm
  • web
  • banner ebayar
info-trafik  info-solat  info-cuaca 

Pulau Pinang Bulan Ini

  • St. Anne’s Novena & Feast 2014

     

    Tarikh :25 Julai – 3 Ogos 2014 stAnneMasa : 7pm - 11 pm
    Tempat : St Anne’s Church Bukit Mertajam
    Hubungi : 04-538 6405
    Emel : stanne@stannebm.com
     

  • Festival Hungry Ghost

    Tarikh :27 Julai – 24 Ogos 2014
    ghostTempat : Pulau Pinang

  • Pertandingan Malaysia International Lion Dance On Stilts

    Tarikh : 9 - 10 Ogos 2014 lion
    Masa : 1pm - 7 pm
    Tempat : Megamall Shopping Complex
    Hubungi : 016-4111000

  • StAnne
  • Ghost
  • GTFestival
  • lion

Kakitangan Awam Kerja Lima Hari Seminggu Dan Akan Dapat Elaun Saraan

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan sistem kerja lima hari seminggu untuk kakitangan awam dan akan mewujudkan semula elaun saraan hidup, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari Isnin.

Butiran terperinci dan tarikh pelaksanaannya akan ditentukan kemudian, kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada perhimpunan Hari Pekerja 2005 bagi sektor awam di sini.

'Perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan terperinci dengan kementerian-kementerian terbabit bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar berkesan dan mencapai matlamat di samping tidak menjejaskan produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam,' katanya.

Elaun saraan hidup yang dikenali sebagai COLA (cost of living allowance) pernah dibayar kepada kakitangan awam pada tahun 1970an.

Permohonan agar kakitangan sektor awam bekerja lima hari seminggu serta elaun saraan hidup itu telah dibangkitkan oleh Presiden Cuepacs Nordin Abdul Hamid ketika berucap pada majlis itu.

Abdullah berkata keputusan untuk memberikan elaun saraan hidup dibuat kerana kerajaan sedar kos sara hidup terutamanya sewa rumah di bandar-bandar besar adalah tinggi, dan keadaan itu menyebabkan pegawai dan kakitangan awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih.

'Oleh itu, kerajaan berpendapat adalah lebih baik mereka diberikan sedikit elaun COLA. Tetapi bagi mereka yang bekerja di kawasan-kawasan yang jauh daripada bandar besar, maka tentulah mereka tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti yang mesti dikeluarkan oleh mereka yang berkhidmat di kawasan-kawasan yang kosnya tinggi,' katanya.

Perdana Menteri berkata bahawa dengan pemberian elaun itu, kakitangan awam di bandar dapat memanfaatkan gaji yang diperolehi, sama seperti rakan mereka di luar bandar.

'Butirannya akan ditetapkan nanti dalam perbincangan yang akan diadakan,' katanya.

Bercakap kepada pemberita di Kepala Batas, Pulau Pinang, selepas merasmikan Ekspo Usahawan Negeri, Abdullah berkata jumlah elaun yang akan diberikan itu adalah berdasarkan kawasan tempat bekerja masing-masing.

'Pemberian elaun itu adalah sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kos sara hidup antara pekerja di kawasan bandar dan luar bandar yang terpaksa menanggung kos saraan yang berbeza,' katanya.

Mengenai kerja lima hari seminggu, Perdana Menteri berkata pelaksanaan sistem itu mempunyai kebaikan kerana ia memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan awam meluangkan lebih masa dengan keluarga di samping menggalakkan industri pelancongan negara.

Beliau berkata pelaksanaan sistem itu tidak akan mengurangkan produktiviti pegawai dan kakitangan awam kerana masa bekerja akan ditambah.

'Dengan penambahan waktu itu, ia sebenarnya akan jadi sama dengan waktu yang telahpun ditetapkan untuk jadual berkhidmat seperti sekarang, cuma dari segi hari bekerja sahaja yang berbeza,' katanya.

Abdullah berkata terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakannya terutama bagi jabatan-jabatan yang menyediakan perkhidmatan kaunter serta jabatan-jabatan yang berkaitan dengan penyeliaan dan kesihatan.

'Saya tidak mahu nanti dengan adanya kerja lima hari seminggu itu akan menjadi satu penyebab pula kepada kekurangan produktiviti dan menjejaskan ekonomi negara dan keperluan pihak swasta.

'Pihak swasta pun begitu, ada yang kerja lima dan ada yang kerja enam hari seminggu.

'Jadi, kita kena buat betul-betul. Jangan kita perkenalkan ini, lepas itu akan timbul banyak masalah pula dari segi pelaksanaan,' katanya.

Sumber : BERNAMA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
Prev Next

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar k…

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik Pertama 2014/2015 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf Dibuka Mulai 1 September 2014 sehingga ... Baca Lagi..

KEPUTUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PENUNTUT N…

Keputusan permohonan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang Sesi 2014/2015 telah dibuka. Semakan status permohonan boleh dibuat melalui Laman  https://epp.penang.gov.my/ Baca Lagi..

TAWARAN PENGECUALIAN FAEDAH BAGI SEMUA P…

    Mulai dari 1 September 2014 hingga 31 Disember 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan Pengecualian Faedah bagi peminjam-peminjam yang bersetuju menyelesaikan keseluruhan baki ... Baca Lagi..

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu D…

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu Dalam Jamuan Rasmi Kerajaan Muat Turun Untuk Maklumat lebih lanjut Baca Lagi..

RFP- PROJEK JALAN DAN PENGANGKUTAN AWAM …

  KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGBahagian Kerajaan Tempatan (BKT) NOTIS PERMOHONAN CADANGAN (RFP) (KOD : LGD / RFP-PDP / 1 / 2014) Tawaran ini dibuka kepada syarikat tempatan dan antarabangsa un... Baca Lagi..

MAKLUMAT TERKINI PINJAMAN PENUNTUT NEGER…

Senarai Peminjam Tegar sehingga Ogos 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Paling Tegar sehingga Ogos 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Tamat Bay... Baca Lagi..

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, B…

Dimaklumkan bahawa Harijadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kali ke-76 secara rasminya disambut pada 12 Julai 2014 (Sabtu) bersamaan 14 Ramadan 1435H. Berikutan sambutan Harijadi... Baca Lagi..

Makluman Penutupan Sementara Empangan Me…

Makluman Penutupan Sementara Empangan Mengkuang Kepada Orang Awam Tapak Pembinaan Empangan Baru (lembah sebelah kiri) telah diserahkan kepada kontraktor pada 1hb Ogos 2011 untuk kerja-kerja pembinaan... Baca Lagi..

aduan

maklumbalas

Undian

Larangan bagi pekerja asing daripada memasak di gerai-gerai penjaja di Pulau Pinang dapat memastikan makanan penjaja kegemaran kita akan kekal sama serta mengekalkan rasa unik dan asli Pulau Pinang