logo header ms

SIDANG MEDIA UNTUK KARNIVAL OLIMPIK PULAU PINANG

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI NEGERI PULAU PINANG
SEMPENA SIDANG MEDIA UNTUK KARNIVAL OLIMPIK PULAU PINANG

PADA 6 MAC 2019
DI TINGKAT 28, KOMTAR

 

YB Soon Lip Chee
EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi
Timbalan Presiden, Majlis Olimpik Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Ong Poh Eng
Naib Presiden, Majlis Olimpik Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Nazifuddin Mohd Najib
Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia

Encik Fong Wan Hor
Pengurus Besar, Majlis Olimpik Malaysia

Encik Frederick Tan Teck An
Pengarah, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Encik Zahari bin Abdul Mubin
Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dr. Mahanom binti Mat Sam
Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Rakan-rakan media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Salam Sejahtera.

Pertama sekali, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Olimpik Malaysia kerana telah memilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah sempena Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019. Ini merupakan karnival yang julung kalinya diadakan di negeri ini bersempena dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sebanyak 4 acara akan dipertandingkan iaitu badminton, bola tampar, sepak takraw dan tenpin bowling, di mana setiap acara merangkumi 3 kategori iaitu di bawah umur 12 tahun, di bawah umur 18 tahun dan 18 tahun ke atas. Lokasi pertandingan adalah di sekitar kawasan utama negeri ini seperti Universiti Sains Malaysia (bola tampar dan sepak takraw), Kompleks Sukan Bandaraya Relau (badminton) dan Megamall Prai & Sunshine Square (tenpin bowling).

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan boleh dibuat secara online di laman sesawang http://event.howei.com/ bermula pada 7 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:-

i)            Badminton

Acara Perseorangan (Single Events)

RM 40.00 seorang individu

Acara Beregu (Double Events)

RM 80.00 untuk sebuah pasukan beregu (2 orang)

Acara Beregu Campuran

(Mixed Events)

RM 80.00 untuk sebuah pasukan beregu (2 orang)

ii)          Bola Tampar

Pasukan Lelaki & Wanita Bawah 18 tahun

RM100.00 untuk seluruh pasukan (12 orang)

Pasukan Lelaki & Wanita 18 tahun ke atas

RM150.00 untuk seluruh pasukan (12 orang)

iii)        Sepak Takraw

Acara Lelaki Bawah 12 tahun

RM 50.00 untuk setiap Regu

(5 orang)

Acara Lelaki Bawah 18 tahun

RM 50.00 untuk setiap Regu

(5 orang)

Acara Wanita Bawah 21 tahun

RM 50.00 untuk setiap Regu

(5 orang)

iv)        Tenpin Bowling

Acara Terbuka Bawah 12 Tahun

RM 40.00 seorang individu

Acara Terbuka Bawah 18 Tahun

RM 40.00 seorang individu

Acara Terbuka 18 Tahun ke Atas

RM 40.00 seorang individu

Karnival ini adalah simbolik kepada kejohanan sukan yang paling berprestij kerana ianya menjadi impian setiap atlet untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik. Acara kemuncak sudah tentu pada 23 Jun 2019 iaitu acara penyalaan simbolik cahaya olimpik atau “Flames of Olympic” di mana obor akan dibawa oleh bekas atlet-atlet Olimpik Negara dan juga bakal-bakal atlet Harapan Negara. Acara Countdown Baki Hari menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga akan turut diadakan pada malam tersebut.

Kesemua acara ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia. Justeru, Kerajaan Negeri ingin mengajak semua rakyat negeri ini dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam acara-acara yang dibawakan khas sempena sambutan Hari Olimpik Sedunia. Saya amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Majlis Olimpik Malaysia sedang mempertimbangkan penawaran hadiah cabutan bertuah yang sangat istimewa.

Akhir kata, saya percaya melalui penganjuran Karnival Olimpik seperti ini, ia sedikit sebanyak menyediakan platform terbaik kepada negeri ini untuk melahirkan lebih ramai atlet dan bakat-bakat muda sekaligus membawa negeri ini selangkah lagi ke arah menjadi Bandaraya Sukan di Malaysia.

Jadi, marilah kita semua beramai-ramai memeriahkan karnival ini dengan penuh semangat kesukanan dan semangat patriotism.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

  • "Adakah anda mengetahui bahawa aduan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih ePintas?"

UNDIAN